Free Blog Counter

Saturday, May 22, 2010

Hak Mendapat Keselamatan

Apakah maksud hak mendapat keselamatan?

Maksud hak mendapat keselamatan bererti hak untuk dilindungi daripada barang, proses pengeluaran dan perkhidmatan yang boleh membahayakan kesihatan dan kehidupan.

Apa kepentingan kita mendapat hak keselamatan?

Antara kepentingan adalah untuk :

 Menjaga keselamatan diri kandungan makanan berbahaya kepada keselamatan.
 Melindungi diri dari bahaya perkhidmatan barangan yang di gunakan.
 Untuk mengelakkan pihak-pihak tertentu, terutama pengeluar dan peniaga memperolehi keuntungan dengan mengenepikan kos keselamatan pengguna.
 Memberi kesedaran kepada pihak pengeluar dan peniaga dari aspek keselamatan pengguna.
 Pengguna mendapat pembelaan yang sewajarnya jika berlaku masalah berkaitan kelematan penggunaan barangan.

Dunia hari ini semakin moden , pengguna pula semakin terdedah kepada ancaman kesihatan dalam makanan, ubat-ubatan, barangan elekktrik dan persekitaran di luar rumah dan di dalam rumah. Jadi ,pengguna haruslah melengkapkan ilmu agar lebih berhati-hati dalam menggunakan barangan. Dalam aspek makanan contohnya, pengguna perlu meneliti label pada pembungkusan makanan agar dapat kenal pasti kandungan makanan yang tidak membahaya kepada kesihatan. Oleh itu ,pengguna perlu mencari ilmu berkaitan agar menjadi pengguna yang peka terhadap bahaya kandungan bahan-bahan yang di gunakan dalam makanan . Dengan kesedaran ini pengguna boleh menggunakan hak mendapat keselamatan sekiranya berlaku sebarang masalah yang boelh menjejaskan kesihatan ataupun keselamatan pengguna.

Dari aspek penggunaan ubat-ubatan pula, memang tidak dinafikan pihak kerajaan telah mengambil langkah yang sewajarnya terhadap pengeluar ubat-ubatan agar mematuhi akta dan undang-undang yang ditetapkan. Contohnya di bawah Akta Racun 1952 (disemak 1989), kerajaan telah mengelaskan ubat-ubatan berisiko tinggi sebagai racun. Oleh itu pengguna tidak perlu berasa risau dari aspek itu. Namun pengguna harus sedar bahawa penggunaan ubat-ubatan boleh mendatangkan manfaat dan juga risiko kepada kesihatan kita. Oleh itu sebagai tanggung jawab pengguna, perlualah melihat panduan di bawah:

Gunakan ubat secara rasional iaitu gunakan dengan betul iaitu dos ditetapkan. Dapatkan nasihat doktor sebelum mengambil sebarang ubat.
Berfikir secara rasional sebelum meembeli ubat terutamanya dari orang yang tidak bertauliah seperti penjaja di kaki lima kedai, pasar malam dan sebgainya kerana ia tidak mempunyai jaminan kualiti dan kesihatan.
Peka kepada arahan mengguna ubat seperti nasihat doctor atau ahli farmasi, baca arah pada label ubat dengan teliti.
Mesti ambil perhatian ke atas sebarang kesan sampingan racun , muntah, cirit-birit dan sebagainya serta dapatkan nasihat doctor atau ahli farmasi.
Jangan lupa lihat taarikh luput ubat.
Jumpa doctor sekiranya tanda-tanda penyakit masih berlarutan setelah menggunakan ubat.

Lain-lain peringatan keselamatan :

o Beli makanan dari tempat yang bersih
o Peka terhadap kebersihan tempat yang hendi dibeli atau restoranyang hendak dikunjungi. Jika kotor, pulaukan tempat itu agar memberi kesedaran kepada pihak restaron tentang tahap kebersihan.
o Pastikan kelengkapan elekktrik selamat digunakan di rumah, selalu membuat pemantauan.
o Kelengkapan didapur, seperti gas, pisau, lantai simen yang terdedah kepada air dan seumpanya perlu diberi perhatian, kerana kemalangan yang tidak berbau sentiasa menjengah pengguna jika tidak beri perhatian.
o Barangan yang mempunyai label SIRIM dapat memberi jaminan keselamatan kepada pengguna.

Apapun, sebagai pengguna, tanggungjawab dan kesedaran berada dalam diri kita,mulakan perubahan bermula dalam diri sendiri.

Sunday, May 16, 2010